Friday 6 May 2011

Tugas yang memeningkan kepala dah selesai???? tapi kesan tetap ada

Tanggal pada 25 April..2011...bermulanya kerja-kerja membina kota Tatu sempena persembahan Tatu PDRM 2011 (image bangunan JPM Putrajaya) di stadium Merdeka dijalankan. Jam 9.00 pagi kerja -kerja telah dimulakan....hasilnya cuma dinding kota sebelah kanan yang nampak sehingglah pada 27 April 2011 keadaan tidak berubah... Mahu tak mahu..pegawai dan staf Muzium PDRM serta bantuan anggota pakar dari kontinjen yang dipilih memulakan kerja pembinaan kota tersebut dari jam 2.00 petang hingga 6.00 petang kemudian sambung kerja bersama-sama  pihak "kontraktor" yang terbabit mulai jam 11.00 malam sehingga keesokan pagi iaitu jam 5.00 pagi..cuma rehat selama 5 jam sahaja.kerja2 tetap diteruskan pada jam 11.30 pagi 28 April 2011 sehingglah siap sepenuhnya pada pagi 29 April 2011. Terima kasih kepada Pegawai2 terlibat, anggota Muzium PDRM, anggota bantuan dari Kontinjen dan staf dari Kontraktor yang dilantik..
Walaupon luka telah meninggalkan parut....parut masih tetap ada...kalau dipandang parut tersebut teringat lah kisah Kota tatu PDRM 2011 ni....seperti biasa apabila berlaku sebarang kesilapan ..jari telunjuk dari "individu" tertentu akan tunjuk ka arah batang hidung aku.....sabar ajer lah...
 Pada 27 April 2011 keadaan tidak berubah.
 Tugas-tugas masih dilaksakan satu persatu bahagian kota disiapkan oleh "kontraktor"??????
 Pemasangan bahagian tengah dgn struktur binaann yg serba kekurangan dilakukan oleh anggota Muzium PDRM bersama anggota bantuan dari kontinjen
 "Kontraktor" yang dilantik  masih berfikirr ...camn na ni?????
  Tugas-tugas masih dijalankan oleh  anggota Muzium PDRM bersama anggota bantuan dari kontinjen
Pemasangan bahagian tengah Kota dalam proses pembinaan..masa berlalu begitu pantas.
 Pemasangan bahagian atas tengah Kota dan salah seorang petugas bersorak.."berjaya"
 Kerja pembinaan kota Tatu diketui sendiri oleh Kurator Muzium PDRM dan sertai oleh 2 Kontraktor yang dilantik untuk menyempurnakan kerja2 tersebut.......ermmmmmm
 Kerja-kerja pembinaan ini bersambung pada jam 11.30 mlm hingga ke pagi esok iaitu sebelum subuh pada jam 4.45 pagi dan yang lain-lain diuruskan oleh pihak kontraktor.....( iyo... lah tu!!!!)
 Hasilnya tak seberapa tapi syukur kepada Allah...siap jua didirikan walau pon diduga/diuji ketahanan kota tersebut  dengan tolakan angin dari kipas 3 buat helicopter yang berada di stadium secara statik dengan ketinggian 40 kaki dari aras padang stadium.
 Persembahan dimulakan dengan pertunjukan pancaragan dan taria dari BSB PDRM
Rupabentuk Kota bila lampu stadium.dipadam....kan...sekian

Thursday 7 April 2011

Terima Kasih ..Pak Aris (Pelukis Tanah Air)

Terima Kasih Pak Aris..bagaikan aku mendapat sebutir belian apabila Pak Aris upload gambar arwah bapa aku dilaman blognya...apa lagi aku pon download gambar tersebut.. Gambar semasa arwah bapa aku banyak dah hilang..mungkin akibat pindah randah atau pun yang pastinya aku yang cuai gagal menjaga khazanah yang berharga... cuma yang tersimpan dirumah gambar lukisan berukuran 10'' x 18'' yang masih bertanda "HZ"..yang lain tidak bertanda..kata arwah dia malu nak letak tanda " HZ" pada lukisa yang terakir  beliau lukis masa penghujung  hayatnya sebb bagi beliau Hamzah Wahab dah lama terkubur di arena dunia seni lukis......cuma itu yang aku pasti ... aku merupakan manusia paling rugi kerana semasa hayat beliau aku jarang bertanya mengenai hal2 lukisan kepada beliau lagi pon aku ni taklah rapat dengan ayah aku...masing2 buat hal masing2..Betul kata orang tua-tua..apabila kita kehilangan sesuatu yang sukar dicari ganti,,,..barulah aku sedar betapa besar ertinya dia bagi kita...tetapi masa tu tak akan berulang tayang..yang pastinya aku yang kerugian.
.
 

Di sini adalah hasil catan arwah bapaku yang terakhir sebelum beliau meninggal dunia .Cuma ada dua keping gambar tergantung di dinding  rumah emak dan satu di rumah aku.


Sunday 3 April 2011

rutin biasa setiap hari Ahad kalau tak keja....

Macam biasa..kalau tak keja pegi pasar Sentul dgn wife beli barang2 basah..pastu pekena mee rebus kat pasar....Barang basah kat pasar sentul ni nak katakan murah tu tidak juga ...harganya sederhana..bukan maacam kat pasar tani di Danau Kota..mahal tapi elok2 belaka...tapi hari ni nak pegi pasar Sentul sebb dah lama tak ke sana.




Selain dari tu,,ada jam 10.00 pagi ni ada jemputan kenduri kesyukuran/marhaban untuk cucu jiran tinggal kat umah....dah lama tak hadir dalam majlis cam tu maklumlah dulu buzy dgn keja ..ops sana sini..sekarang dah kurang sikit turun padang..cuma mengadap Mac Pro daro pagi smpai petang...boleh kena sakit jantung heheheheh...cuma sekali sekali kalau ada projek besar barulah tido pon tak cukup, kengkadang cuma dapat melelapkan mata 2 jam sahaja pastu sambung keja balik....

Saturday 2 April 2011

Tugasan yg memeningkan kepala

dalam bulan April agak buzy,,..sebb nak buat persiapan design Kota Tatu ...di stadium merdeka..acara tersebut akan diadakan pada 28-30 bulan ni...entahlah..minta2 semua job ni contraktor yg buat, aku cuma bagi design ikut ukuran (in scale)......opis dah macam kedai/syarikat advertising...senjak aku mula duduk kat depan Mac Pro.. semula...